Waktu Operasi Pusat Sumber Sekolah
7.30 am - 4.30 pm
( pindaan tertakluk kepada keadaan semasa )
Peraturan peminjaman buku dan bahan bukan buku :
Terdapat pelbagai koleksi buku dan bahan di dalam PSS kami, dan amatlah digalakkan kepada murid - murid untuk meminjam buku - buku ini ( Fiksyen atau bukan fiksyen ) sebagai bahan bacaan menambah ilmu pengetahuan. Dalam aktivti peminjaman buku atau bahan dari PSS ini peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
Langkah 1 - Memilih buku yang boleh dipinjam sahaja untuk dipinjam, pastikan buku atau bahan dalam keadaan baik.
Langkah 2 - Daftarkan pinjaman di kaunter sirkulasi dengan sistem automasi
Langkah 3 - Pastikan tarikh pemulangan buku ditetapkan
Langkah 4 - Pastikan pemulangan buku tidak melewati tarikh yang ditetapkan, dan buku yang dipulang mestilah dalam keadaan baik
Langkah 5 - Sekiranya lewat, peminjam perlu membayar denda lewat.
Langkah 6 - Jika buku atau bahan yang dipinjam rosak atau hilang, peminjam perlu menghubungi guru penyelaras PSS untuk tindakan.
Denda lewat:
Sekiranya peminjam lewat untuk memulangkan buku atau bahan yang dipinjam, maka akan dikenakan denda lewat iaitu sebanyak RM0.10 sehari dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Ganti rosak atau hilang :
Buku atau bahan yang rosak atau hilang perlulah diganti mengikut harga yang ditetapkan oleh sekolah